Negara-negara Asia Pasifik terus menekankan komitmen untuk mengutamakan pembangunan mapan dan menangani perubahan iklim menerusi pelbagai tindakan yang nyata. Oleh itu, Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik merupakan platform unik bagi negara-negara rantau Asia Pasifik untuk meneroka bagaimana kepelbagaian ekonomi boleh menyokong agenda pembangunan dan alam sekitar. Sidang kemuncak itu mengetengahkan penceramah-penceramah dari rantau Asia Pasifik dan antara yang bakal menyampaikan ceramah termasuk Pengarah Pemuliharaan, Rantau Asia Tenggara, The Nature Conservancy, Jack Hurd; Ketua Pengarah, Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Dr Peter Holmgren; dan Pegawai Perhutanan Kanan bagi Asia dan Pasifik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN FAO), Patrick Durst.