Dunia pada masa ini berada pada detik yang penting di mana komitmen politik mengenai perubahan iklim dan pembangunan mapan harus melalui transformasi berbanding hanya menjadi komitmen kepada tindakan dunia nyata. Oleh itu, negara-negara rantau Asia Pasifik harus meneroka bagaimana kepelbagaian ekonomi dalam menyokong aspirasi pembangunan serta agenda alam sekitar bagi rantau berkenaan. Penekanan integrasi di semua peringkat itu disuarakan oleh Ketua Pengarah, Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Dr. Peter Holmgren dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik ke-2 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.